Iklan

Iklan
Pheromax - Minyak wangi pemikat untuk lelaki.

Saturday 31 May 2014

Rare - Akik garut motif sarang labah-labah







Akik garut pancawarna di atas telah saya keluarkan dari rumah cincinnya. Mula nya saya ingin mengikat batu garut di atas dengan suasa bungkus dan badan dari perak. 
Belum ada kesempatan. Kalau dah ikat cincin tentu dah sayang untuk di jual. Batu yang sangat cantik, antik dan langka. Harga mampu milik.

Harga batu sahaja : 800 (fix)

Batu Garut Urat Perak - Biru di awan







Jarang dapat akik garut secantik di atas. Kalau diikat dengan cincin pasti akan menjadi perhatian teman2. Warna biru yang menyejukkan hati. Tambah cantik bila ianya akik garut. Akik bukan sebarang akik, ini akik dari daerah garut. Cantik memang terlalu cantik, gadis melihat pasti menurut.
Sungguh cocok untuk anda yang berkulit putih.
Harga : 700rm (nego)

Batu Geliga Pandan




Sungguh manis dan sungguh cantik akik garut pandan ini. Warna hijau yang memukau. Bila diikat dengan cincin perak atau suasa akan menyerlah lagi diri si pemakai. Memang pengasih dan pelaris yang ampuh. he he he.
Harga : 700 (nego)


 Geliga Pandan (Koleksi Jutawan)

 Saya dapat dua batu di atas dari kawan yang menamakan batu di atas sebagai geliga pandan. (Bukan specis akik). Ini adalah koleksi seorang jutawan yang meninggal pada tahun 1975. Diwariskan pada anak yang tak minat hobi ayah dia. Dijual secara pukal koleksi batu2 permata berharga yang rare2 pada kawan saya dengan harga yang sungguh mengembirakan kawan saya itu.
Saya pula yang  terpaksa menebus kebanyakan batu2 permata tersebut. Paling kurang usia batu di atas sudah 40 tahun. Banyak lagi batu2 yang telah saya tebus dan akan saya paparkan di blog ini. Mengikut cerita kawan saya, jutawan tersebut berkawan dengan ramai bomoh di serata malaysia dan kebanyakan batu2 tersebut di perolehi dari alam sebelah. Sejauh mana kebenaran cerita ini, mungkin ada benarnya sebab batu2 itu sememangnya cantik2 belaka.
Salah satu batu di atas, yg sebelah kanan, yg lebar sedikit. di atas ada kalimah Allah manakala di belakang batu itu ada kalimah Muhammad.

Harga Sepasang :5000rm  (nego)




Rare - Akik Garut Pancawarna Super







Antara koleksi akik garut pancawarna saya yang tercantik. Sungguh lengkap warna akik garut ini. Saiz pun tak terlalu besar dan cantik bila diikat dengan suasa atau perak. Ini adalah gambar asal dari blog pak ruhiman. Dah 3 tahun saya beli akik ini dari beliau. Sedap mata memandangnya. Bila bosan kerja di office akan saya belek2 batu ini sambil menikmati keindahan pancawarna batu garut ini.
Jika anda ingin menjadikan batu garut pancawarna ini koleksi anda, sila hubungi saya sebelum terlambat.
Harga : 1900rm  (nego)

Akik Garut Pancawarna gambar dragon





Akik gambar atau akik yang mempunyai gambar yang bercerita memang menjadi kesukaan ramai pengumpul batu-batu permata. Semestinya hanya ada satu saja gambar yang unik dan anda menjadi pemilik akik bergambar yang satu itu.
Di ikat dengan perak, akik garut bergambar ini memang cantik sekali.

Harga : 1300 (nego)

Rare - Akik Garut Logam Pancawarna Kalimah ALLAH





Akik garut memang mendapat tempat khas di hati saya. Warna nya yang cantik , sebab itulah di panggil pancawarna garut. Akik garut ini saya beli dari kawan saya pak ruhiman yang ada blog menjual cincin dan batu cantik dan asli dari bandung , indonesia. Ini adalah gambar asal dari blog beliau.
Saya belum ada kesempatan untuk mengambil sendiri gambar cincin ini. Pertama sebab kamera hp saya tak dapat fokus lebih detail dan gambar selalu nampak kabur bila di ambil dalam office.

Harga : 1500 rm (nego)

Rare - Cincin Wajah Ulamak Silam Kelantan






Cincin di atas memang rare dan mistik dan berkhadam. Saya dapat dari kawan yang tukar brg dengan seorang tua di kajang. Orang tua ni dapat cincin ni melalui pertukaran barang dengan kawannya di kelantan. Kawan org tua ini dapat cincin ni melalui amalan zikir dan dapat mimpi minta ambil di sebatang pokok. Kebetulan pokok itu berhampiran dengan makam ulamak terkenal kelantan itu, sorang wali Allah.
Memang jelas gambar wajah muka orang pakai serban dan berjambang. Ramai kawan yang melihat cincin ini terus dapat meneka wajah ulamak tersebut. Cincin ni memang ikatan perak tua. Sedap memakainya. Satu saja dan tak ada duanya.
Mempunyai khadam yang ampoh. Pelbagai khasiat.

Harga : 5000 rm